| ]

Sedang hebat diperkatakan tentang calon utk DUN Jenero bagi PRU12. Sdra Ismail Harun, penyandang masih lagi menjadi buah mulut ramai. Tetapi ramai juga yg melihat kepada perubahan calon. Apakah tiada calon yang lebih tinggi pendidikan yang boleh diletakkan di Jeneri?

Sdra Ismail Harun adalah anak tempatan dan beliau telah menunjukkan kemampuan beliau selama hampir 4 tahun sebagai YB termuda di Jeneri. Banyak juga suara-suara sumbang yg mahu beliau berundur kerana tiada apa-apa kemajuan yg dbawa ke Jeneri. Mungkin beliau masih muda dan perlu diberi masa utk merancang utk DUN Jeneri!

Sdra Azizan Ishak juga berminat utk jadi calon. Tetapi beliau agak kekurangan dari segi akademik. Tetapi mempunyai pengalaman luas sebagai Naib di UMNO Bahagian. Beliau juga adalah wakil peneroka felda di Felda Pusat.

Ramai lagi nama-nama yg disenaraikan tetapi nampaknya tidak diambile perhatian.

PAS juga agak ketandusan calon. Angin mengatakan yg calon lama akan dipilih semula, Cikgu Ya. Tapi yg sahnya kalau PAS berjaya di Jeneri, orang Jenerilah yg paling rugi. Selama 4 tahun Cikgu Ya jaga Jeneri, satu habukpun tiada apa yg dibuatnya.

Kesimpulannya, siapa saja yang jadi calon BN, kita pakat pi pangkah. Pastikan BN menang.

Jangan hukum kawan-kawan kita yang lain kerana hanya kita tidak suka kepada calon yang dipilih. Naya depa