| ]

Belum pun pencalonan dilakukan, pengikut-pengikut PAS sudah mula menawan jambatan, pintu masuk ke kawasan masjid dan kawasan-kawasan yg strategik. Bendera hijau putih dan dipacak dikawsan-kawasan tersebut.

Inilah sikap mereka yg tidak tahu mematuhi undang-undang. Belumpun duit deposit, borang kebenaran dikeluarkan, mereka dah bermaharaja lela. Mereka suka sangat kepada undang-undang rimba. Nama saja parti Islam, tapi menggunapakai undang-undang rimba!

Anyway, biarkan mereka menawan jambatan, pintu masuk kekawasan masjid dsbnya., tetapi bungkus dalam pilihanraya.

Peti Undi Kg MEsjid, Cemara dan Hujung Bandar boleh la depa tawan. Tapi dipeti undi yg lain-lain kenalah tawan titi atau jambatan.

Setakat itu jer kemampuan mereka.

| ]



Adakah bekas DUN Jeneri, Dato Dr. Wan Azmi akan kembali menerajui DUN Jeneri, masih menjadi tandatanya. Beliau memang terkenal di Jeneri dikalangan generasi lama. Dan selepas menjadi Ahli Parlimen selama 4 tahun utk Sik, beliau sudah mula dikenali oleh generasi muda. Belia-belia dengan bolasepaknya, komputernya, gendang silat, tomoi dan sebagainya.

DUN Jeneri adalah selamat untuk beliau kerana ramai penyokong beliau. Teloi Timur adalah kubu kuat. Kg Mesjid adalah cawangan yg mana beliau menjadi ahli. Jentera tersembunyi telah bersiap sedia. Beliau ada exco terkanan semasa Osman Arof menjadi MB Kedah. Cuma tunggu masa beliau diumumkan.

Ramai penduduk Jeneri mengharapkan beliau dipilih utk DUN jeneri. DUN inilah yang memberi undi kemenangan pada pilihanraya lalu utk Parlimen Sik. kekuatan beliau di Jeneri sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Anyway, kita berdoa. Semuga beliau terpilih kesini.

| ]

Sedang hebat diperkatakan tentang calon utk DUN Jenero bagi PRU12. Sdra Ismail Harun, penyandang masih lagi menjadi buah mulut ramai. Tetapi ramai juga yg melihat kepada perubahan calon. Apakah tiada calon yang lebih tinggi pendidikan yang boleh diletakkan di Jeneri?

Sdra Ismail Harun adalah anak tempatan dan beliau telah menunjukkan kemampuan beliau selama hampir 4 tahun sebagai YB termuda di Jeneri. Banyak juga suara-suara sumbang yg mahu beliau berundur kerana tiada apa-apa kemajuan yg dbawa ke Jeneri. Mungkin beliau masih muda dan perlu diberi masa utk merancang utk DUN Jeneri!

Sdra Azizan Ishak juga berminat utk jadi calon. Tetapi beliau agak kekurangan dari segi akademik. Tetapi mempunyai pengalaman luas sebagai Naib di UMNO Bahagian. Beliau juga adalah wakil peneroka felda di Felda Pusat.

Ramai lagi nama-nama yg disenaraikan tetapi nampaknya tidak diambile perhatian.

PAS juga agak ketandusan calon. Angin mengatakan yg calon lama akan dipilih semula, Cikgu Ya. Tapi yg sahnya kalau PAS berjaya di Jeneri, orang Jenerilah yg paling rugi. Selama 4 tahun Cikgu Ya jaga Jeneri, satu habukpun tiada apa yg dibuatnya.

Kesimpulannya, siapa saja yang jadi calon BN, kita pakat pi pangkah. Pastikan BN menang.

Jangan hukum kawan-kawan kita yang lain kerana hanya kita tidak suka kepada calon yang dipilih. Naya depa

| ]

Semua berita terkini DUN Jeneri akan dipaparkan disini. Utk isu-isu hangat terkini sila lawat blog ini.

Terima kasih