| ]

Calon untuk timbalan ketua pula ialah bekas YB DUN Jeneri iaitu Ismail Harun dan Arshad Said (penyandang). Dan terbaru yang Dr Mansor dari Klinik BErkat juga telah confirm untuk bertanding.

Ismail Harun ada kelebihan kerana bekas ADUN. Tetapi performance beliau semasa menjadi ADUN agak kurang memuaskan. Jadi banyak perwakilan dan ketua cawangan yang bakal menjadikan pemilihan ini sebagai satu medan untuk membalas dendam. YB Ismail dikatakan lebih mirip kepada Dato Osman Desa. Jika diambilkira, bermakna beliau bersekongkol untuk membawa orang luar menjadi Ketua Bahagian Sik.

Arshad pula adalah penyandang jawatan Timbalan. Kawan baik Ismail Harun sebelum berlakunya pertandingan ini. Beliau mempunyai pengaruh kuat di Sik. Dan berkait rapat dengan YB Tajudin ADUN Belantik. Dari segi ini beliau mempunyai advantage.

Dr Mansor adalah newcomer. Masih baru dalam politik UMNO. Keputusan beliau bertanding jawatan Timbalan dan AJK adalah kurang tepat dan 'play safe'. Sepatutnya beliau perlu memilih untuk berada dalam AJK bahagian dahulu untuk mencari pengalaman politik. Kemudian beliau barulah berangan-angan untuk jawatan lebih tinggi. Walaubagaimanapun beliau ada penyokongnya tersendiri.