| ]

Penulis sempat bersalaman dengan ADUN Jeneri pada 5 Feb 2011 lalu di sebuah rumah kenduri yang mana penulis hadiri. Agak lama penulis ingin bersua dan berbincang dengan YB ini tapi tidak berkesempatan. Maklumlah penulis bukan se aliran fahaman politik dengan beliau.

Terus terang aura sebagai pemimpin tidak dapat dirasai oleh penulis ke atas YB CikGu. Cara percakapan agak tidak teratur sebagai seorang YB yang boleh berbual dengan semua lapisan rakyat. Apabila bersemuka dengan penyokong bukan PAS, beliau tergagap-gagap dalam memberi jawap balas.

Penulis ingin bertanya beberapa isu yang sering bermain di fikiran tetapi tidak pernah berkesempatan dan di rumah kenduri tempohari juga tiada sempat kerana beliau hanya datang bersua sekejap sahaja.

Jadi jika beliau atau pengikut beliau membaca blog ini, harap memberi jawapan sewajarnya.

1. Apakah visi beliau untuk DUN Jeneri?
2. Apakah fokus sebenar beliau dalam memajukan penduduk Jeneri?
3. Apakah tindakan atau program beliau dalam membantu belia-belia yang masih berkeliaran dan terdedah kepada gejala rosak akhlak?
4. Apakah program pembangunan fizikal yang beliau cadangkan atau rancang?
5. Bagaimana pula dengan program ekonomi? Jangan harap dengan kenaikan harga getah sahaja.
6. Dimana program ke agamaan yang dicanangkan oleh PAS selama ini? Kerosakan ahlak banyak berlaku dikalangan anak-anak ahli PAS. Apa yang YB nak lakukan?
7. Banyak lagi yang bakal penulis ajukan soalan-soalan cepumas untuk YB.

Tunggguuuuu.